Posted by Unknown on 8:16 AM in apakah, asma, dan, demam, hilangkan, meredakan, panau, penyakit, petua, rawatan | No comments
Amboi, panjangnya tajuk! Uhh... memang panjang, kan? Namun, saya benar-benar nak kongsikan tentang kelebihan sejenis tumbuhan ni. Ia berkhasiat dalam merawat penyakit asma (lelah), hilangkan panau serta meredakan demam.
Ya, tumbuhan yang saya maksudkan ialah Pokok Sungkai. Ada di antara anda yang tak kenal, kan? Kalau begitu, imej berikut mungkin boleh membantu. =)
Pokok Sungkai - blog Ku Alam
dan ini...
Pohon Sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr
Cara-cara merawatnya pula;
A. Rawatan penyakit Asma(Lelah)
1. Ambil pucuk muda daun sungkai.
Pucuk muda daun sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr
2. Keringkannya terlebih dulu selama beberapa hari di dalam rumah anda.
4. Biarkan ia selama beberapa minit atau sampai sebati.
5. Setelah air rendaman tadi suam, anda minumlah perlahan-lahan.
6. Amalan meminum air rendaman pucuk sungkai ni perlu dibuat setiap hari. Barulah dapat merasai kesannya. InsyaAllah.
*** Namun begitu, anda dinasihatkan berjumpa serta meminta nasihat doktor dulu untuk mengetahui tahap sebenar penyakit lelah anda. Selepas mendapat keizinan doktor, barulah anda amalkan petua ini.
B. Hilangkan panau dan meredakan demam
1. Ambil beberapa helai daun sungkai.
2. Rebuskannya dan jadikan sebagai demah.
***Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, demah = benda (spt pasir, air, dll yg dipanaskan) utk menuam bahagian badan yg sakit.
C. Meredakan demam
1. Ambil beberapa helai daun sungkai.
2. Kisar daun tersebut untuk dibuat jus.
3. Campurkan jus tersebut ke dalam air mandian anda.
4. Mandi dengan air mandian ini dikatakan mampu mengurangkan suhu badan anda.
Begitulah 3 khasiat Pokok Sungkai yang boleh anda manfaatkan. Mudah-mudahan ia berguna buat anda. Terima kasih juga sebab sudi membaca petua ini hingga ke akhir. Anda memang terbaik lar!
0 comments:
Post a Comment